Tunggak persefahaman Perjanjian_Pengawalan_Senjata_Nuklear

Tunggak pertama: tiada pengembangan (non-proliferation)

Lima negara dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear: Amerika Syarikat (tanda tangan 1968), United Kingdom (1968), Perancis (1992), Kesatuan Soviet (1968; kini Rusia), dan Republik Rakyat China (1992). Ini adalah negara yang memiliki senjata sedemikian pada masa tersebut, dan juga merupakan lima ahli tetap kepada Majlis Keselamatan PBB. Kelima-lima Negara Senjata Nuklear (Nuclear Weapons States) (NWS) bersetuju untuk tidak memindahkan teknologi senjata nuklear kepada negara lain, dan negara bukan ahli-NWS bersetuju untuk tidak memajukan senjata nuklear.

5 pihak NWS telah membuat persetujuan untuk tidak menggunakan senjata nuklear mereka terhadap ahli bukan NWS kecuali sebagai tindak balas kepada serangan nuklear, atau satu serangan biasa dengan perikatan bersama sebuah Negara Senjata Nuklear. Bagaimanapun, persetujuan ini tidak pernah dimasukkan secara rasmi ke dalam perjanjian, dan butir tepat telah berubah-ubah sepanjang masa. Amerika Syarikat, umpamanya, telah menunjukkan yang ia boleh menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas kepada "senjata pemusnahan meluas" serangan bukan nuklear, seperti senjata biologi atau kimia, kerana Amerika Syarikat juga tidak boleh menggunakan keduanya sebagai tindakan balas. Bekas Setiausaha Negara Pertahanan United Kingdom, Geoff Hoon, juga menunjukkan dengan jelas kemungkinan penggunaan senjata nuklear negaranya sebagai tindak balas kepada serangan tidak konvensional oleh "negara-negara penyangak".

Tunggak kedua: pelucutan senjata

Perkara VI dan mukadimah menunjukkan bahawa ahli NWS bergerak secara berterusan bagi mengurangkan dan memusnahkan stok simpanan mereka. Selepas lebih 30 tahun, ini masih kekal sebagai satu janji. Dalam Perkara I, NWS mengisytiharkan untuk tidak "mendorong mana-mana negara bukan senjata nuklear untuk ... memperolehi senjata-senjata nuklear." Satu doktrin serangan awal (pre-emptive-strike) atau sebaliknya kedudukan mengancam boleh di anggap sebagai perangsang kepada bukan ahli NWS. Perkara X menyatakan bahawa mana-mana negara itu boleh keluar daripada perjanjian tersebut sekiranya mereka merasakan bahawa "keadaan luar biasa", sebagai contoh yang dilihat sebagai ancaman, memaksa mereka melakukannya.

Tunggak ketiga: Hak bagi menggunakan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan

Oleh kerana sangat sedikit negara nuklear dan negara yang menggunakan reaktor nuklear bagi menghasilkan tenaga bersedia untuk meninggalkan sama sekali permilikan bahan api nuklear, tunggak ke tiga NPT membenarkan negara lain dengan kemungkinan melakukan perkara yang sama, tetapi di bawah keadaan yang bertujuan untuk menyukarkan pembangunkan senjata nuklear.

Bagi sesetengah negara, tunggak ke tiga NPT ini, yang membenarkan pengayaan uranium bagi tujuan bahan api, merupakan satu kelemahan utama. Bagaimanapun perjanjian ini memberikan setiap negara hak yang tidak dapat dinafikan bagi menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, dan oleh kerana rekabentuk stesyen reaktor tenaga kuasa nuklear air ringan yang popular secara perdagangan menggunakan bahan api uranium yang diperkayakan, ia mendorong bahawa negara tersebut perlu dibenarkan memperkayakan uranium atau membelinya di pasaran antarabangsa. Pengayaan uranium secara aman boleh dipertikaikan kerana ia amat hampir dengan pembangunan kepala peledak nuklear, dan ini boleh dilakukan dengan menarik diri daripada NPT. Tiada negara telah berjaya membina senjata nuklear secara rahsia ketika di bawah pemeriksaan ketat NPT.

Negara yang telah menandatangani perjanjian sebagai Negara Bukan Senjata Nuklear dan mengekalkan keadaan tersebut telah mempunyai rekod bersih tidak membina senjata nuklear. Di sesetengah kawasan, fakta bahawa kesemua negara jiran disahkan bebas senjata nuklear mengurangkan tekanan setiap negara yang mungkin merasakan perlu bagi mereka membina senjata ini, walaupun sekiranya nagara jiran diketahui mempunyai program tenaga nuklear aman yang sekiranya tidak berkemungkinan disyaki. Dari segi ini, perjanjian ini berjaya sebagaimana matlamatnya.

Mohamed ElBaradei, Ketua Agensi Tenaga Atom Antara Bangsa (International Atomic Energy Agency) (IAEA), badan penyelaras (regulatory ) nuklear PBB, telah menyatakan bahawa sekiranya mereka mahu, 40 negara mampu membangunkan bom nuklear. Pilihan lain kepada tunggak ketiga adalah memerlukan kesemua negara, termasuk ahli NWS, bukan hanya setakat melucutkan senjata, tetapi turut menutup kitaran bahan api nuklear sepenuhnya.

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian_Pengawalan_Senjata_Nuklear http://piquancy.blogspot.com/2005/04/chasm-between... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://www.cnn.com/2005/POLITICS/07/18/us.india.ap... http://www.nytimes.com/2004/08/08/politics/08nuke.... http://www.nytimes.com/2005/09/19/international/as... http://web.archive.org/web/20050508053154/http://w... http://www.betterworldlinks.org/book74a.htm http://www.fas.org/nuke/control/npt/text/npt3.htm http://www.indonesiamission-ny.org/issuebaru/Event... http://www.motherearth.org/a2000/